Jumaat, 28 April 2017

SENAI JOHOR – Dua lelaki tempatan ditahan dalam kawasan Empangan Machap, Kluang kerana menceroboh dan menjalankan aktiviti menangkap ikan menggunakan pancing elektrik











SENAI JOHOR – Dua lelaki tempatan ditahan dalam kawasan Empangan Machap, Kluang kerana menceroboh dan menjalankan aktiviti menangkap ikan menggunakan pancing  elektrik

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua Johor, Asisten Komisioner Zainul Abidin Hasan berkata, bertindak atas maklumat awam, pihaknya mendapati dua lelaki berusia 47 dan 50 tahun sedang menjalankan aktiviti penangkapan menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan.

“Semasa pemeriksaan menjumpai peralatan yang digunakan iaitu set alat menangkap ikan elektrik, hasil tangkapan ikan air tawar seberat empat kilogram, satu tong ais batu, satu set batang pancing dan satu sauk.

“Suspek disiasat di bawah kesalahan Kaedah-Kaedah Perikanan (Sungai) 1984 Negeri Johor di bawah Seksyen 3(2) (iii) Akta Perikanan 1985, dan dibawa ke Jabatan Perikanan Daerah Kluang untuk tindakan lanjut” katanya.

Zainul Abidin berkata pasukannya turut dipertanggungjawabkan menjalankan penugasan pemantauan di kawasan-kawasan tadahan air bagi memastikan sumber bekalan air tidak dicemari dan diceroboh oleh mana-mana pihak.

Penahanan dua lelaki itu merupakan kes pertama yang direkodkan yang melibatkan pencerobohan di dalam kawaan empangan dengan menggunakan peralatan yang melanggar syarat


 PANCING ELETRIK
                                                      PANCING ELETRIK