Sabtu, 1 April 2017

PASIR PUTEH - Misteri muncul bayangan puteh di air terjun jeram pasu pelaku maksiat pasti akan bertembung dengan makhluk halus tersebut















          PASIR PUTEH, KELANTAN:  AIR TERJUN JERAM PASU sememangnya bermisteri kerana dihuni kalangan makhluk halus yang berkeliaran di kawasan itu. Bagi yang belum pernah bertembung dengan makhluk terbabit, mereka akan menafikannya. Namun, bagi yang pernah bertembung malah dapat melihat kelibat mereka di kawasan yang dimaksudkan, mereka akan berdiam diri kerana mengetahui tentang kebenarannya.

Jeram Pasu, selain terkenal misterinya kerana terdapat tujuh buah pasu yang dikatakan tidak kelihatan pada pandangan mata kasar dan hanya dapat dilihat oleh orang-orang tertentu sahaja, namun orang-orang tua dahulu tidak menafikannya kerana mereka sendiri ada yang melihatnya. Pasu-pasu tersebut dikatakan laluan masuk dan keluar ke alam mereka (alam jin), malah sehingga hari ini makhluk ghaib itu dikatakan melalui kawasan tersebut untuk masuk ke alam manusia melalui  di kawasan air terjun Jeram Pasu tersebut.
  Sememangnya, Air Terjun Jeram Pasu adalah tempat dan perkampungan makhluk halus kerana di hujung jeram itu terdapat tujuh (7) buah pasu yang hanya dapat dilihat oleh orang-orang tertentu sahaja. Koloni mereka sentiasa menyusur di antara lorong tingkat satu sehingga tingkat tiga kerana itulah juga laluan dan perkampungan mereka sejak ratusan tahun dulu
     Walaupun jeram berkenaan sentiasa diseliakan dengan sempurna atau tidak, bagi koloni makhluk berkenaan tidak menjadi masalah kerana itulah tempat asal mereka. Mereka tidak akan berpindah ke tempat lain. Bagi pelaku maksiat yang berkunjung ke jeram itu semata-mata untuk melakukan perkara yang tidak senonoh pasti akan bertembung dengan makhluk terbabit, sudahnya mereka akan lari lintang-pukang kerana terkejut. Ketika itulah baharulah mereka sedar tentang kesilapan diri, bahawa mereka tidak berseorangan atau berdua sebaliknya sentiasa dinantikan dan disaksikan oleh segerombolan makhluk ghaib yang berkampung di Air Terjun Jeram Pasu


2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam