Isnin, 24 April 2017

PASIR MAS - Misteri rumah terbiar berikutan, munculnya jelmaan lembaga wanita sering melintas jalan berdekatan rumah usang ini di kampung Pangkal Kalong .












PASIR MAS,  KAMPUNG Pangkal Kalong yang menghubungkan dengan Kampung Kedondong, Kerasok dan bandar Pasir Mas dekat sini pada masa dulu sering menjadi bualan seluruh penduduk kampung berkenaan. Ini berikutan, munculnya jelmaan lembaga wanita dan lelaki di sebatang jalan di kampung berkenaan, apatah lagi terdapatnya sebuah rumah lama yang ditinggalkan oleh pemiliknya sering ditakuti individu yang pernah melintasinya, namun lembaga yang dikatakan sebagai 'penunggu' di kawasan terbabit tidak pernah menyakat atau mengusik sesiapa. Cuma, pada masa itu orang yang pernah lalu lalang sahaja yang seakan gementar dan berasa seram apabila terpandangkan rumah dan kawasan pohon buluh di kampung terbabit.