Sebelum ke Royal Belum, wartawan sudah diberitahu beberapa rakan mengenai kehadiran ikan toman gergasi yang menjadi misteri di Tasik Temenggor dan pernah dilihat beberapa orang kampung di sana.
Ia dikaitkan dengan misteri makhluk halus yang menghuni hutan tertua di dunia itu.Ia berusia kira-kira 130 juta tahun, menjadikannya antara hutan hujan tertua di dunia
Khabarnya ada yang mendakwa pernah melihat ikan toman itu timbul di satu kawasan berhampiran jeti Pulau Banding dan ada yang menceritakan tentera di situ pernah melihat kelibat sama dari ruang udara.
Namun, tidak ramai berani mengesahkannya meskipun cerita misteri itu menjadi satu versi paling popular dalam kalangan orang kampung dan orang luar yang pernah berkunjung ke sana. Malah, tidak ada lokasi tepat di mana ikan misteri itu selalu kelihatan.
Orang Asli suku Jahai melakukan kerja seharian
AKTIVITI malam menangkap ikan menggunakan teknik memanah di sekitar Tasik Belum.
Ketua Kampung Belum Baru, Mat Narun Mohamad, 56, berkata tidak banyak versi cerita ikan toman itu berkisar dalam kalangan masyarakat Melayu dari kampung Belum Lama kerana ketika mereka berpindah keluar pada 1949, empangan Temenggor belum dibina.
"Masa kami tinggal di Belum Lama, empangan belum ada, cuma ada hutan dan sungai. Misteri ikan toman tidak ada ketika itu. Namun, ada juga orang kampung cerita pernah nampak kelibat benda besar dari dalam tasik.
lukisan yang di gambarkan oleh orang asli
"Isteri saya sendiri ketika menaiki rumah bot untuk ke Sungai Kejar pernah perasan ada satu objek seperti ikan besar muncul dari dalam tasik. Ia sebesar bas dan hanya muncul sekejap sebelum hilang semula," katanya.
Orang Asli suku Jahai yang ditemui di Sungai Kejar yang hanya mahu dikenali sebagai Sain berkata, ikan toman gergasi memang wujud dan menjadi satu haiwan paling menakutkan di tasik itu selain kewujudan buaya besar di kawasan sungai.
Malah, katanya, bukan sesuatu yang mustahil mengenai kewujudan itu kerana memang ikan di tasik Temenggor bersaiz besar dan selalu Orang Asli dapat menangkap ikan sehingga sebesar seorang budak
AKTIVITI malam menangkap ikan menggunakan teknik memanah di sekitar Tasik Belum.
"Ikan toman itu wujud. Buaya besar juga wujud. Selalu juga Orang Asli nampak tapi siapa berani tangkap. Takut, ia besar sangat. Pernah dulu budak kena makan tapi tak tahu buaya atau ikan yang makan.
"Kami ada jumpa buaya sepanjang sampan di sungai hujung Sungai Kejar. Besar sangat dan sampai hari ini masih ada di sana. Boleh ke sana kalau tak percaya," ceritanya dengan bersungguh-sungguh.
Nyata mereka hebat dan seperti boleh menghidu situasi di tasik itu apabila jurumudi bot boleh mengemudi bot dengan baik walaupun dalam keadaan sangat gelap. Bahaya sentiasa ada kerana di tasik Temenggor ada banyak pokok lama yang muncul di tengah tasik.