Ahad, 23 April 2017

Kota Tinggi- Bukan se ekor tapi Masih terdapat lagi Ikan gergasi bawah jambatan Sungai Johor berhampiran Balai Trafik Lama Jalan Omar-Jalan Tembioh,













Kota Tinggi: Seekor ikan naga atau nama saintifiknya arapaima gigas dijumpai mati di tebing bawah jambatan Sungai Johor berhampiran Balai Trafik Lama Jalan Omar-Jalan Tembioh, 

Tiada sebarang kesan kecederaan pada bangkai ikan berkenaan yang boleh dikaitkan dengan punca kematiannya.
 beberapa kaki pancing yang berada di situ ketika bangkai ikan ditemui terkejut kerana tidak menyangka sungai berkenaan turut dihuni spesies yang berasal dari Amazon itu.
"Memang ada kaki pancing yang bercerita umpan mereka pernah disentap ikan besar yang mempunyai badan kemerahan, tetapi tidak menyangka ia adalah arapaima," katanya.
 bantuan daripada empat lelaki dewasa terpaksa digunakan untuk membawa ikan itu naik ke darat, sekali gus menarik perhatian orang ramai yang terkejut melihatkan saiz yang besar.
"Berkemungkinan ikan itu terlepas dari kolam peliharaan individu ketika banjir  atau pemiliknya melepaskannya ke sungai kerana tidak mampu menjaganya,
Seorang penduduk Abdul Nasir Mohamed, 28, berkata, pihak berkaitan perlu melakukan siasatan untuk mengetahui bagaimana ikan pemangsa itu boleh berada di sungai berkenaan.