GUA MUSANG - Sebaik sahaja kami melangkah ke dalam gua terdengar paluan gong dari atas gua,bergema.Saya tak pasti jika orang lain ada dengar atau tidak,yang pasti pakcik isteri saya turut mendengar,sambil dia berkata bahawa "penghuni" gua melihat kehadiran kami,lantas pakcik isteri saya meminta izin untuk masuk.Pakcik isteri saya yang saya panggil Pok Nik
berpesan pada kami supaya jangan berniat yang bukan-bukan kerana tempat itu agak keras.Cerita tentang gua itu telah banyak saya dengar,baik dari sahabat saya,sepupu isteri saya,dan arwah ayah tirinya pernah bertapa di situ.Isteri saya turut memberitahu saya ada 7 tempat bertapa di situ,dan kesemuanya dia tahu,ini kerana gua itu adalah tempat isteri saya dan teman-teman nya bermain semasa kecil,itu sekadar satu kisah yang lain.Menurut isteri dan mertua saya,di gua tersebut ada beberapa kubur misteri,isteri saya pernah gali kubur tersebut untuk melihat apa isi kubur itu,tapi kosong,jika ditinggalkan sekejap,kubur itu kembali tertutup.Jadi saya ke salah satu tempat di mana terdapat kubur misteri seperti yang mereka lihat,tetapi tiada
Salah satu tempat yang dikatakan ada kubur misteri,
pandangan dari bawah
Keadaan di dalam gua,agak luas,.
dan gelap amat menyeramkan
Antara cerita menarik pasal gua ni dikatakan ada penjaganya,ada yang mendakwa melihat ular putih selalu berkeliaran di sekitar gua ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan