Ahad, 5 Mac 2017

Pengkalan Chepa - Misteri kedatangan hantu raya yang menganggu di rumah satu keluaga di Kampung Jambu, Pengkalan Chepa,
















      Sebuah keluarga di Kampung Jambu, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan yang sering kehilangan wang (dakwaan mangsa, wang dicuri) oleh makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ketika kehadiran unit bomoh hantu.. hujan turun secara renyai-renyai dan kadangkala lebat. Ketika unit bomoh hantu memasuki laluan ke rumah mangsa, anggota bomoh hantu  terhidu bau busuk (bau makhluk halus) yang menandakan makhluk ghaib itu sedang menghuni di sebuah rumah kosong yang terletak di sebelah kanan lorong ke rumah mangsa
    Sebelum memasuki rumah mangsa, bomoh hantu  membuat tinjauan di laman rumah keluarga berkenaan dan kemudiannya  memasuki rumah terbabit. dan  meminta peralatan seperti garam kasar, paku dan arang. Selepas itu, sebagaimana lazimnya, melakukan wirid, jabat untuk mengesan makhluk apakah yang sedang membuat angkara di rumah berkenaan. Sahlah, ia berpunca dari perbuatan licik  dan ia muncul dari sebuah rumah yang mempunyai banyak pokok buah-buahan seperti langsat dari kampung terbabit, selain makhluk yang digelarkan orang sebagai "hantu raya".
  
Hafaizal Mat Ali (baju kuning) sedang menabur garam di kawasan tersorok. 



   Setelah selesai acara berkenaan,  melakukan kaedah melempar/menabur garam dicampur dengan paku dan arang yang diisi dengan wirid, doa dan jabat. Mengambil kesempatan itu, Penulis merakam foto menggunakan "infra-merah". Sebanyak lapan keping gambar dapat dirakam dalam kawasan laman rumah berkenaan, sebaliknya foto keenam yang menggunakan teknik "infra-merah" dengan tiba-tiba dapat merakam makhluk berwarna gelap (seperti bayang) sedang berdiri tegak separuh badan dengan memerhatikan ke arah salah seorang , Hafaizal Mat Ali (berbaju kuning).


Kami menganggapkan, makhluk berwarna hitam gelap seperti bayang itu adalah "hantu raya" untuk merujuk makhluk halus kelas jin kafir. Keadaan ini bermakna, keluarga mangsa sebenarnya diganggu dan dianiayai oleh makhluk halus tersebut.
    

1 ulasan: