Jumaat, 3 Mac 2017

MACHANG - Misteri wanita tampa wajah di kampung tok kaya. tok bok labok machang Sungai Tok Kaya yang didakwa turut dijadikan tempat buangan saka bungkusan yang mengandungi makhluk halus yang telah dipasung.












      MACHANG, KELANTAN:  KAMPUNG TOK KAYA yang terletak dalam daerah Tok Bok, Labok, Machang, Kelantan tidak jauh bezanya dengan daerah-daerah lain di Kelantan. Pada masa dulu, kampung ini adalah sebuah ladang getah tetapi kini ditukar dengan tanaman kelapa sawit pula. Disebabkan ladang getah agak tebal kerana masih dikelilingi sebahagian hutan dan belukar, tentunya suasana pada masa itu agak menakutkan. Manakala bersebelahan ladang getah itu pula terdapatnya sebuah sungai dikenali Sungai Tok Kaya yang didakwa turut dijadikan tempat buangan bungkusan yang mengandungi makhluk halus yang telah dipasung.

Kedua-dua kawasan ini dikatakan agak keras dan pada masa-masa tertentu akan kelihatan kelibat makhluk halus yang merayau ke sana ke mari, namun tidak pernah bertembung dengan mana-mana warga emas di kampung itu sebelum ini. Tetapi perlu berhati-hati kerana seseorang yang bermulut celupar pasti menerima padah dan kejadian berkenaan memang terjadi ke atas seorang remaja di kampung itu pada tahun 1992 dulu.

    Tengku Mansor Tengku Abdullah,, berkata, usikan dan gangguan makhluk halus itu sebenarnya dialami oleh seorang rakannya ketika mereka sedang menangguk ikan di sungai tersebut pada tahun 1992 dulu. Disebabkan terlalu asyik menangguk ikan, rakannya itu terlupa bahawa hari telah jauh malam dan ternyata dia pulang lewat sekitar jam 1.00 pagi.

Sebelum itu katanya, rakannya itu telah dimaklumkan oleh atuknya bahawa jika pulang lewat pagi, beliau diminta bermalam di rumah atuknya kerana kawasan itu agak dekat berbanding rumah cucunya agak jauh, malahan atuknya juga bimbang kalau-kalau bertembung dengan sebarang gangguan di jalanan terutamanya makhluk halus yang suka merayau pada malam hari. Secara jenakanya, rakannya itu memberitahu jika bertemu hantu perempuan bolehlah beliau jadikannya sebagai teman wanita.
    Pada malam kejadian, saya pulang awal jam 12.30 malam kerana ada urusan lain, tinggallah beliau seorang diri. Manakala beliau pula pulang pada pukul 1.00 pagi melalui sebuah padang bola dan selepas itu beliau melintasi ladang getah yang dimaksudkan.

"Tidak sampai suku kilometer ketika melalui ladang getah itu rakan saya itu berasa seperti ada sesuatu sedang mengekorinya di bahagian atas kepalanya, kelihatannya seperti burung. Kerana berasa agak ganjil, dia mendongak ke arah lembaga yang mengekorinya itu, tetapi tidak kelihatan", katanya sambil menghirup teh di sebuah warung kopi di kampungnya itu.

Tambahnya lagi, walaupun tubuhnya dapat menangkap kehadiran lembaga seperti seorang perempuan sedang terbang mengekorinya, dia tidak mempedulikan gangguan tersebut asalkan dapat sampai ke rumah dengan cepat. Walau bagaimanapun, kira-kira setengah kilometer dari tempat gangguan awal sewaktu rakannya itu tiba di jalan cabang tiga di ladang getah (kini kelapa sawit) itu, kebiasaannya rakannya itu akan menoleh ke kanan jalan yang merupakan laluan ke rumahnya. Namun, pada pagi itu agak berlainan kerana sewaktu lampu motosikal yang ditunggangnya tiba-tiba tersilau ke arah sebatang jalan lurus di ladang itu, tiba-tiba matanya terpandang seorang perempuan muda sedang berjalan seorang diri dalam suasana gelap gulita di situ.
             Di kawasan inilah rakannya mengekori perempuan muda cantik tanpa wajah itu.

    Disebabkan perasaan membuak-buak ingin mengetahui status perempuan muda yang dilihatnya sedang berjalan melenggok seorang diri penuh sopan-santun itu, dia membuat pusingan "U" padahal beliau ketika itu sedang menuju ke arah kanan laluan menghala ke rumahnya. Apabila di tempat yang dimaksudkan, beliau terus mengejar gadis cantik yang dilihatnya dari arah belakang sekadar ingin melihatnya dan bukan itu sahaja, hasrat hatinya ingin melihat secara lebihn dekat wajah gadis tersebut.

"Dari arah belakang rakan saya itu menuruti gadis tersebut sehinggalah beliau dapat memotong langkah gadis yang berjalan melenggok-lenggok itu. Seketika kemudiannya beliau berpaling ke arah wajah gadis yang diekorinya dan alangkah terkejutnya beliau apabila didapati gadis tersebut tidak mempunyai wajah",
   disebabkan agak terkejut dengan keadaan itu, secara tidak sengaja beliau terpusing pedal minyak motosikalnya itu. Bunyi deruan enjin motosikal tersebut memecah kesunyian ladang getah pada pagi itu dan bukan sahaja suasana pada masa itu menjadi bingit tetapi turut didengari oleh beberapa penghuni yang menetap berhampiran ladang itu.

Katanya, walaupun bunyi enjin motosikalnya menderum agak kuat tetapi motosikal yang cuba ditunggangnya itu seperti tidak mahu bergerak dari tempat itu. Namun, beberapa saat selepas itu barulah motosikal yang ditunggangnya itu dapat bergerak dari kejauhan ladang getah tersebut. Kemungkinan, selepas makhluk halus yang menjelmakan dirinya seorang perempuan muda itu ghaib, barulah motosikalnya dapat beredar dari kawasan kejadian.
     kejadian itu tidak selesai setakat itu sahaja kerana setibanya beliau di sebuah kampung dalam jarak kira-kira 500 meter dari ladang getah (tempat kejadian) itu, tayar motosikalnya pula seolah-olah terpijak sesuatu seperti seekor babi. Namun, apabila dilihatnya dengan teliti, tiada seekor binatang yang dimaksudkan yang kononnya telah dipijaknya. Apabila sampai di rumah, ibunya menguak daun pintu kerana mengetahui anaknya itu telah pulang dari menangguk ikan. Apabila tersembul wajah ibunya di muka pintu, mangsa melihat ibunya dengan tubuh yang menggiggil ketakutan disebabkan fobia melihat jelmaan gadis remaja cantik yang tidak mempunyai wajah beberapa minit sebelum itu.

Ibunya tidak mengesyakki sesuatu yang pelik setiba anaknya di rumah pada pagi itu malahan mangsa tidak memberitahu ibunya tentang kejadian beliau bertemu dengan lembaga tanpa wajah itu lalu terus ke biliknya. Pagi esoknya,  beliau mengalami demam disebabkan terkejut dengan kejadian pagi itu.

Pada masa itu, beliau menceritakan pengalamannya bertemu dengan lembaga berupa seorang gadis tanpa wajah kepada ibunya. Pada hemat Tengku Mansor, lembaga yang mengusik rakannya pada pagi itu sebagai jelmaan makhluk halus ketika beliau memasuki ladang getah itu lagi dan jelmaan gadis sebagaimana kelihatan dari suluhan lampu motosikal rakannya itu sebagai cuba menyakatnya disebabkan keceluparan mulutnya sebagai peringatan, jenaka kosong sebenarnya membawa padah.

Disebabkan kasihan melihat keadaan rakannya itu, beliau membawa mangsa berjumpa seorang bomoh dari kampung yang sama (kini arwah) untuk tujuan merawat keadaan mangsa yang tersampuk makhluk ghaib itu. Bomoh itu memberitahu, sememangnya mangsa dalam keadaan terkejut setelah melihat jelmaan perempuan muda yang tidak mempunyai wajah.

Menurut kata bomoh tersebut, gangguan berkenaan berpunca daripada mangsa yang bermulut celupar. Manakala jelmaan makhluk halus yang menyakat mangsa disebabkan ada bomoh lain yang meninggalkan satu bungkusan di ladang tersebut. Oleh kerana usianya terlalu lama menyebabkan bungkusan itu pecah, dengan itu makhluk ghaib yang ditangkap dan telah dipasung ke dalam bungkusan itu bebas 
       Jambatan Tok Kaya sementara sungai di bawahnya pada masa dulu agak keras juga kerana banyak bungkusan makhluk saka yang telah ditangkap dan dipasung dilepaskan di sungai tersebut. Namun, apabila bungkusan berkenaan hanyut dan terdampar serta pecah, menyebabkan wujudnya pelbagai gangguan sebagaimana yang dialami mangsa.
       
      

1 ulasan: