Isnin, 13 Mac 2017

KOTA BHARU - Misteri jelmaan wanita berwajah hodoh di Simpang empat Di Kampung Lundang, Jalan Telipot yang sering menanti mangsanya.













    KOTA BHARU,:  DI ZAMAN moden ini, mungkin ada segelintir individu yang tinggal di bandar menafikan hakikat jelmaan makhluk halus, kononnya makhluk ghaib itu tidak akan wujud di tempat-tempat terbabit. Tetapi telahan itu agak meleset kerana makhluk halus boleh mendiami dan menghuni di mana-mana tempat menurut kemahuan mereka, bukan sahaja di bukit-bukau atau hutan rimba. Sebaliknya di bandarlah tempat yang digemari makhluk berkenaan berikutan banyaknya aktiviti maksiat dan sebagainya yang menjadi kegemaran makhluk berkenaan.
   Di Kampung Lundang, Jalan Telipot, Kota Bharu, Kelantan adalah contoh terdekat tentang jelmaan wanita berpakaian putih di beberapa simpang di laluan tersebut. Sama ada ingin mempercayainya atau tidak terpulanglah kepada pendapat individu, namun kejadian mangsa diusik oleh makhluk berwajah hodoh itu yang dikenali sebagai 'langsuir' itu memang benar-benar berlaku.
                    Inilah simpang jalan yang sering dilalui Khairi ketika pulang kerja jam 1.30 pagi.

    Salah seorang mangsa disakat makhluk yang menyeramkan itu, Khairi Asraf bin Khaidir, , dari Kampung Lundang dekat sini mendakwa, beliau memang nampak dengan agak jelas makhluk berwajah hodoh itu terbang dari arah sebatang pohon rimbun menyusuri motosikal yang ditunggangnya pada pukul 1.30 pagi itu.
    Namun, semenjak beliau dan keluarga berpindah ke kampung berkenaan  maka bermulalah episod gangguan itu. bermula dia bekerja di salah sebuah restoran makanan di Kubang Kerian, tentunya beliau pulang agak lewat pagi.
    sejak dari awal bekerja dan pulang lewat pagi, lembaga perempuan berpakaian putih itu sedang bertenggek di sebatang pohon rimbun di laluan yang sering saya lewati", jelas Khairi.
                Langsuir sering bertengek dan terbang mengekori arah motosikal yang ditunggangnya.

   Menurutnya, pengalaman pertamanya diusik lembaga tersebut ketika beliau sedang menunggang motosikalnya melalui simpang masuk bersebelah Restoran J.J. Lembaga perempuan berpakaian putih itu terbang agak pantas dari arah sebatang pohon rimbun menghala ke arah motosikal yang ditunggangnya pada pukul 1.30 pagi. Cara makhluk yang tidak dikenalinya itu terbang ke arah motosikal yang ditunggangnya dapat dilihat dengan jelas dari hujung rambut hingga hujung kaki di mana ketinggiannya kira-kira dua meter. Melihatkan suasana itu, pada mulanya beliau agak terkejut kerana sebelum ini beliau tidak pernah melalui pengalaman seumpama itu.
   Apabila beliau sampai di rumah dalam keadaan tubuhnya yang menggigil itu, mamanya meminta supaya terus ke dalam bilik. Namun, makhluk yang berpakaian putih itu tidak sekadar mengganggunya di sebatang jalan yang dilaluinya pada pagi itu kerana ketika beliau masuk ke bilik pada pagi yang sama, beliau turut diusik oleh makhluk yang sama apabila lembaga terbabit mundar-mandir dan terbang memperlihatkan dirinya melalui cermin jendela rumah yang dapat dilihat dengan jelas dari arah biliknya. Akibat disakat lembaga berpakaian putih itu berkali-kali, beliau mengalami demam selama tiga hari.
     "Pengalaman kali ini agak dahsyat dan menakutkan juga, seolah-olah lembaga langsuir itu mengekori saya dari belakang", katanya.menyebabkan tubuhnya berkenaan lemah dan sering demam. Demam biasa agak berbeza, sebaliknya demam kerana diusik makhluk langsuir itu menyebabkan tubuhnya berasa panas, bertukar sejuk dan gementar yang agak teruk, terpaksalah beliau menyelimutkan diri untuk mengelakkan tubuhnya terus menggigil secara berpanjangan. Sewaktu beliau mengalami demam itu, beliau terbayang langsuir yang sama dan sering mengintainya yang berada dalam bilik rumahnya.
Apabila ditanya, dari arah mana jelmaan lembaga berpakaian putih yang dikatakan langsuir itu muncul. Beliau menjelaskan, beliau agak ada individu dari wanita Indo yang memelihara makhluk tersebut berhampiran rumahnya, di mana individu terbabit memang mengenali mamanya. Di sebelah sisi rumah yang disewa wanita Indo itu ada sebatang pohon kuini dan rumah kosong di mana ada individu yang pernah melihatnya, lembaga yang dimaksudkan itu sering muncul dari arah pohon kuini itu.
    Di samping itu, sewaktu beliau berada seorang diri di rumah pada waktu malam, setiap kali jam dinding rumahnya menunjukkan jam 3.00 pagi, telinganya dapat menangkap bunyi suara mengilai dengan jelas seolah-olah cuba menyakatnya. Selain itu, telinganya pernah beberapa kali dapat menangkap bunyi seperti ada makhluk tertentu sedang berjalan di atas bumbung rumahnya beberapa kali. Walaupun makhluk halus itu cuba mengusiknya, namun setakat ini makhluk berkenaan tidak pernah mengusik dalam rumahnya kecuali di luar sahaja.
   Setelah beliau berhenti kerja dari restoran itu beliau tidak lagi diusik oleh lembaga yang berpakaian serba putih yang dikatakan langsuir yang sering muncul dari arah sebatang pohon rimbun bermula dari simpang jalan yang sering dilaluinya.
  kini episod beliau sering disakat langsuir itu telah berakhir, walaupun masih keluar malam jam 10.00 malam, cuma beliau perlu pulang awal sebelum 1.00 pagi untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang. 
  
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan