Ahad, 12 Februari 2017

WAKAF BAHARU - Misteri nenek langsuir di simpang jalan Wakaf Baharu di dalam semak inilah tempat tinggal nenek langsuir........














   WAKAF BAHARU- Maka tidak hairanlah apabila banyak kejadian seperti rogol, penzinaan,minun arak. pembunuhan dan bermacam-macam lagi kejadian lain yang berlaku akhir-akhir ini berpunca dari hasutan makhluk halus dan dakyah dari iblis dan syaitan yang berjaya mempengaruhi manusia yang lemah imannya
  Hal sedemikian bukanlah sekadar dalam sejarah semata-mata kerana bukti ketara yang dpat dilihat telah berlaku pada akhir bulan Julai 2006, apabila berlaku pembunuhan kejam di antara dua sahabat karib berdekatan Pasar Wakaf Baharu

Darus Mootalu,  menceritakan pengalaman tersebut.

beliau mendapat tahu punca kejadian itu berlaku sewaktu berdialog dengan dua makhluk halus berpasangan yang dikenali sebagai 'langsuir'. Kedua-dua langsuir itu adalah perempuan di mana salah satunya adalah sebagai 'pak turut' kepada satu lagi langsuir yang dianggap oleh Darus sebagai nenek di mana sebelah mukanya berwajah cantik dan sebelah lagi kelihatan hodoh dan hitam.
Punca kejadian itu berlaku adalah dari hasutan suara ghaib dari nenek langsuir tersebut yang dianggap Darus terlalu hebat apabila berjaya menghasut mangsanya untuk melakukan pembunuhan tanpa alasan. Namun, bukan itu sahaja perbuatan yang diakibatkan oleh nenek langsuir itu. Banyak lagi kes-kes kemalangan yang berlaku di persekitarannya termasuk di simpang Wakaf Baharu.
sebaliknya hasil dialog itu beliau dapat membongkar bahawa kawasan tersebut merupakan laluan nenek langsuir itu kerana terdapat begitu banyak ilmu hitam dan kejadian menyantau orang lain atas tujuan jahat wujud di kawaan itu.
"Nenek langsuir cakap, kawasan Wakaf Baharu ini adalah laluannya. Di sini banyak sekali ilmu hitam.

asap misteri terbang di belakang sebuah klinik swasta.

sewaktu beliau ingin menangkap nenek langsuir itu, makhluk itu menjelmakan dirinya dalam bentuk asap yang datang dari arah belakang sebuah klinik swasta di hadapan pasar tersebut. Walau bagaimanapun, usaha beliau untuk menangkap makhluk tersebut menemui kesukaran kerana ia bercampur dengan angin. Disebabkan tidak ingin dilihat oleh orang ramai yang mungkin akan menimbulkan suasana kelam kabut, maka beliau meminta makhluk tersebut masuk ke dalam rumahnya dan kemunculan asap itu dapat dilihat kira-kira jam 12.00 malam.
Namun dalam beberapa saat kemudian, asap itu tiba-tiba hilang dan bertukar menjadi satu lembaga perempuan yang hodoh dan menakutkan. Lembaga itu memiliki rambut yang panjang sehingga mencecah lantai, bertaring yang agak panjang dan tidak kelihatan kaki sebagaimana manusia yang memijak daratan.

Lembaga itu semakin berani mencabar kemampuan Darus untuk memasukkannya ke dalam botol. Namun, dengan syarat makhluk itu ingin menyakat anak dan isterinya dahulu sebelum dimasukkan ke dalam botol yang telah sedia.

Tetapi menurut Darus Mootalu, manusia lebih pintar dari makhluk halus yang bodoh itu kerana sebelum nenek langsuir itu  ingin memulakan tugasnya untuk menyakat anak dan isterinya, beliau terlebih dahulu bertindak awal dengan melakukan zikir sehingga nenek langsuir itu mengaku kalah dan terus masuk ke dalam botol yang telah disediakan.
nenek langsuir bertukar menjadi asap


2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Artikel dan Foto dari blog ini adalah artikel dan foto asal saya yang diambil tanpa izin.

    BalasPadam