Sabtu, 10 Disember 2016

TV3 kisah ibu bapa jahil telefilem Hajat yang akan disiarkan sempena sambutan Maulidur Rasul,













Berkahwin dengan lelaki yang kurang didikan agama, Dilla larut dalam mengejar nikmat duniawi. Mengejar harta dunia sehingga meninggalkan solat, anak yang lahir ibarat kain putih juga dicorak dengan warna yang salah oleh Dilla dan suaminya, Imam.
Itu intipati telefilem Hajat yang akan disiarkan sempena sambutan Maulidur Rasul,, pada pukul 2 hingga 4 petang di TV3.
Membariskan pelakon popular seperti Ungku Ismail, Wan Sharmila, Roy Azman, Didie Alias, Hilal Azman, Rosnah Johari dan Mohd. Airel, drama arahan Raja Ahmad Alauddin itu mengangkat kisah kekeluargaan yang diselitkan dengan unsur humor.
Sedar cabaran untuk membawa watak ibu kepada anak yang berusia lapan tahun bukan mudah, Wan Sharmila mengaku, dia terpaksa membuat beberapa rujukan.
“Mula-mula agak mencabar juga bila nak bawa watak ibu yang ada anak berusia lapan tahun, sedangkan saya tiada pengalaman menjadi ibu lagi. Justeru, saya buat beberapa persiapan untuk menjayakan watak bernama Dilla itu,” ujar Wan Sharmila ketika dihubungi Sensasi Bintang.
Membawa watak isteri kepada Ungku Ismail, watak Dilla digambarkan sebagai wanita berasal dari kampung dan menerima didikan agama dari kecil. Namun, selepas berkahwin dengan suami yang mempunyai latar belakang moden, dia turut terikut dengan gaya hidup yang jahil.
“Banyak konflik yang berlaku pada pertengahan cerita. Lebih-lebih lagi bila anak duduk dengan keluarga mertua dan diajar dengan cara hidup moden. Tiba-tiba, ibu bapa saya dari kampung datang melawat dan terperanjat bila anak tidak tahu menunaikan solat dan tak pandai baca apa-apa surah,” kongsinya mengenai jalan cerita tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan