Isnin, 5 Disember 2016

TUMPAT - Seramai 10 keluarga di Kampung Kulim dekat sini, resah apabila kediaman mereka kerap dimasuki air meski pun hujan hanya beberapa jam. Hujan lebat selama tiga hari yang berakhir kelmarin menyebabkan kawasan kediaman mereka dinaiki air separas 0.5 meter.










TUMPAT -  Seramai 10 keluarga di Kampung Kulim dekat sini, resah apabila kediaman mereka kerap dimasuki air meski pun hujan hanya beberapa jam.
Hujan lebat selama tiga hari yang berakhir kelmarin menyebabkan kawasan kediaman mereka dinaiki air separas 0.5 meter.
Penduduk, Mohd Zabri Hussien, 38, berkata, masalah yang sudah berlarutan sejak lima tahun itu berpunca kerana tiada sistem perparitan yang sistematik.
"Sejak kebelakangan ini, masalah air bertakung dan melimpah masuk ke dalam rumah ini semakin kerap.
"Keadaan ini berlaku kerana kawasan rumah kami tiada sistem perparitan ditambah pula perumahan semakin banyak dibina di kampung ini.
“Bila kawasan lapang ditambun untuk pembinaan rumah, itu yang menyebabkan air tersekat, saliran air pula tiada,” katanya.
Mohd Fazrul Md Din, 39, pula berkata, disebabkan masalah air lambat surut menyebabkan penduduk sukar keluar masuk dan terpaksa meletakkan kenderaan di tempat tinggi.
Katanya, kebanyakan penghuni di perumahan ini adalah kakitangan kerajaan dan keadaan air yang bergenang di garaj menyebabkan sukar untuk ke tempat kerja.
“Bila hujan dan air mula melimpah masuk ke kediaman kami, alternatifnya kami pergi menumpang tinggal di rumah saudara buat sementara waktu.
"Selagi musim tengkujuh belum berakhir, kami hidup dalam kebimbangan khuatir air naik


Tiada ulasan:

Catat Ulasan