Jumaat, 30 Disember 2016

PASIR PUTEH - Misteri belum terbongkar ..ada penduduk mengatakan ia diseret di alam ghaid di dasar laut ..Oparasi pencarian di teruskan walaupun Ombak besar sehingga mencapai ketinggian 3.5 meter dengan kelajuan angin antara 40 hingga 50 kilometer sejam















PASIR PUTEH - Ombak besar sehingga mencapai ketinggian 3.5 meter dengan
 kelajuan angin antara 40 hingga 50 kilometer sejam memberi cabaran kepada
 pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dua remaja lelaki yang dikhuatiri lemas
sudah hampir seminggu
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Kelantan, Kapten 
Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata,  operasi hari ini bertumpu di kawasan perairan 
Bachok dan Tumpat.
Katanya, pihak berkuasa Thailand juga sudah dimaklumkan mengenai operasi tersebut
  dan membantu SAR di perairan negara itu sehingga ke sempadan negara di Tumpat.
Semalam katanya, rondaan pesisir pantai tidak dapat dilakukan dengan baik kerana
 ombak besar kesan daripada fenomena air pasang besar.
"Semalam juga kita menggunakan khidmat aset helikopter AW139 untuk meninjau dari 
udara tapi masih juga gagal mengesan mangsa, tinjauan dari helikopter boleh mengesan
 objek sekecil botol minuman tetapi tidak nampak petanda mengenai mangsa.
"Kita berharap dapat menemuinya dalam operasi hari kelima hari ini,  usaha ini 
memerlukan sokongan semua pihak," katanya.
Pada Ahad lalu, dua remaja lelaki,  Ahmad Haziem Anizan, 14, dan rakannya Amir 
Azfar Rafa, 13, dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Tok Bali bersama dua lagi 
rakan, Muhammad Firdaus Mustapha, 16, dan Amir Syahir Zakima, 13.
Mereka dikatakan lemas dibadai ombak besar kira-kira jam 4.30 petang, Ahmad Haziem
 dan Amir Azfar ditarik arus sementara Muhammad Firdaus dan Amir Syahir berjaya 
diselamatkan orang ramai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan