Isnin, 12 Disember 2016

paras air Sungai Tembeling naik tanpa diduga.......................................................................












Jerantut: Sebuah van dan kereta yang diparkir di kawasan restoran terapung di Ulu Tembeling,  tenggelam apabila paras air Sungai Tembeling naik secara mendadak akibat hujan lebat petang kelmarin.

Dipercayai, pemilik dua kenderaan terbabit tidak mengetahui kenderaan mereka tenggelam akibat kejadian itu. hujan lebat berterusan di kawasan itu pada sebelah petang dan malam kelmarin mengakibatkan paras air naik mendadak hingga mengakibatkan restoran terapung di kawasan berkenaan tidak dapat beroperasi seperti biasa semalam kerana tebing dinaiki air selain kenderaan terbabit tenggelam.
Pemandu Pelancong Kuala Tahan, di sini, Afzan Aziz berkata, hujan bermula petang kelmarin dan semakin lebat pada sebelah malam menyebabkan paras air Sungai Tembeling naik tanpa diduga.

“Ada pelancong meletakkan kenderaan di kawasan pinggir sungai berdekatan restoran terapung yang memang dilarang, ia hanya untuk menurun dan mengambil penumpang serta memunggah barangan saja.

“Agaknya, pemilik kenderaan terbabit tidak menyangka akan berlaku kenaikan paras air sungai secara mendadak hingga menenggelamkan kenderaan mereka,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Sementara itu, paras air Sungai Tembeling naik tanpa diduga.


“Diharap semua pengunjung berhati-hati dan meletakkan kenderaan masing-masing di kawasan parkir yang sepatutnya.

“Sewajarnya, aktiviti ke Kuala Tahan perlu dihadkan, diharap pelawat dan penduduk tempatan lebih berhati-hati ketika musim tengkujuh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan