Isnin, 5 Disember 2016

Lima puluh dua keluarga dari tujuh kampung di sini terpaksa berpindah apabila kediaman mereka dinaiki air sedalam satu meter akibat hujan lebat selama dua jam sejak 8 malam tadi.











Baling: Lima puluh dua keluarga dari tujuh kampung di sini terpaksa berpindah apabila kediaman mereka dinaiki air sedalam satu meter akibat hujan lebat selama dua jam sejak 8 malam tadi.
Antara kampung terbabit adalah Kampung Padang Temusu dengan 24 keluarga, Kampung Sera Bawah (11), Rambong Pulai (2), Pak Bong (4), Gabus(2), Pekan Lama Pulai (8) dan Telok Durian Kupang (1).
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling, Shamsul Izrin Isahak berkata, hujan lebat berterusan menyebabkan kampung yang rendah dan berdekatan dengan Sungai Ketil dinaiki air.
Beliau berkata, ada keluarga yang berpindah sementara ke rumah jiran dan tempat selamat kerana bimbang berlaku kejadian lebih buruk.
"Bantuan makanan turut dihantar segera kepada penduduk dengan bantuan semua pihak termasuk agensi bencana yang siap siaga dari awal pada musim tengkujuh ini.
"Pejabat Parlimen Baling turut mengagihkan makanan kepada semua mangsa secara berterusan," katanya.
Sementara itu, mangsa banjir dari Kampung Sera Bawah, Siti Fatimah Abu Hassan, 65, berkata, air naik dengan cepat kerana hujan berterusan selama dua jam.
Menurutnya, dia terpaksa keluar rumah dan menumpang rumah jiran kerana bimbang air semakin baik.
"Saya hanya menyelamatkan dokumen penting dan mana-mana peralatan yang mustahak daripada ditenggelami air," katanya ketika ditemui malam tadi.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan