Sabtu, 10 Disember 2016

KUALA TERENGGANU - Misteri makhluk halus penunggu pokok rengas di Kampung Losong Datuk Amar Menceritakan kembali detik sahabat baiknya ditemui,.........










KUALA TERENGGANU - “Dang (Hamdan)…tolong aku, aku dok rok (tidak larat) doh,” itu ayat pertama yang keluar dari mulut Muhamad Anuar Elias, 34, selepas ditemui oleh rakan karibnya, Hamdan Mat Daud, 38, setelah 13 hari hilang tanpa kesan.

Muhamad Anuar yang dilaporkan hilang pada 26 November lalu dijumpai selamat kira-kira jam 7.40 malam semalam di celah akar pokok rengas di Kampung Losong Datuk Amar pada jarak 150 meter dari bangsalnya iaitu lokasi kali terakhir dia berada sebelum hilang.
 Ketika ditemui, dia yang memakai baju dan seluar hitam, pakaian sama dipakai sebelum hilang
berada dalam keadaan lemah, tidak bermaya, kebingunan selain luka pada tangan, kaki dan badan.
Menceritakan kembali detik sahabat baiknya ditemui, Hamdan berkata, dia sedang menjala
udang bersama seorang rakan di tepi sungai Losong, tidak jauh dari tempat Muhamad Anuar
 hilang sebelum kawannya meminta izin untuk pulang terlebih dahulu.

“Lepas itu, saya dengar orang panggil nama saya, minta tolong..jauh, sayup-sayup kedengaran.
 Saya ingat khayalan jer, tapi saya ikut juga arah suara itu.

“Bila sampai di bawah pokok rengas, saya terkejut tengok Nuar (Anuar)..betul ke Nuar sebab
dia kurus sangat, jauh beza dengan dia sebelum ini. Ketika itu dia cuba merangkak untuk keluar
dari situ,” katanya ketika ditemui di Losong, di sini semalam.
Jarak antara tempat Hamdan menjala udang dengan lokasi Muhamad Anuar ditemui dianggarkan
200 meter.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan