Ahad, 11 Disember 2016

KUALA KRAI - Jambatan Kampung Pemberian .Hilang petang tadi kali kedua bulan ni Penduduk Kampung Pemberian mula menggunakan perkhidmatan bot untuk ke kampung berhampiran










KUALA KRAI - Jambatan Kampung Pemberian yang menjadi penghubung utama penduduk kampung ini dan kampung sekitar dinaiki air walaupun tidak hujan, petang tadi.
Hujan lebat di kawasan Gua Musang dipercayai penyebab utama jambatan tenggelam kira-kira satu meter dan tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan.
Seorang penduduk, Mohd Haizan Abdullah, 39, berkata, air naik mendadak sekitar jam 3.25 petang.
"Sehingga kini paras air makin meningkat.
"Penduduk Kampung Pemberian mula menggunakan perkhidmatan bot untuk ke kampung berhampiran," .
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata, kawasan Manek Urai tidak hujan tetapi limpahan sungai dari kawasan Hulu Sungai  Lebir, Gua Musang menyebabkan paras air di Jambatan Pemberian meningkat.
"Mengikut pengalaman, jika air naik dalam 10 kaki lagi,baru ianya akan melimpahi tebing.
"Jika air meningkat dan memerlukan penduduk pindah,saya berharap mereka pindah,"katanya.
Beliau turut meminta orang ramai yang tinggal di kawasan rendah  supaya sentiasa berhati-hati serta peka dengan cuaca semasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan