Selasa, 13 Disember 2016

gajah masuk dapur cari nasi amaliah Ismail, 63, dari Kampung Bukit Hijau, Kupang, berkata dia terkejut apabila terdengar bunyi runtuhan di bahagian dapur.........................










Baling : Seorang wanita warga emas dan anak lelakinya cemas apabila sekumpulan gajah liar merosakkan dapur rumah mereka, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, Jamaliah Ismail, 63, dari Kampung Bukit Hijau, Kupang, berkata dia terkejut apabila terdengar bunyi runtuhan di bahagian dapur lalu menjenguk keluar dan melihat seekor gajah berada dekat rumahnya.
Menurutnya, dia dan anaknya, Shaharam Ghazali, 40, seorang OKU, baru masuk ke dalam bilik untuk tidur apabila terdengar runtuhan itu.
"Saya mengejutkan anak dan membawanya keluar dalam keadaan gelap menuju rumah jiran untuk menyelamatkan diri.
“Pagi ini, kami dapati pondok tempat kami berehat tumbang dan dapur turut rosak,” katanya di sini, hari ini.
Penduduk sempat melihat beberapa gajah merosakkan pokok kelapa, gajus dan pisang sebelum masuk ke dalam hutan, kira-kira 8 pagi, hari ini.
Jamaliah kini takut untuk tinggal di rumah itu pada waktu malam kerana bimbang gajah itu datang semula.
Sementara itu, Pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN), Mohd Nadzri Maruddin berkata, gajah itu keluar dari Hutan Simpanan Gunung Inas, bergerak dari satu tempat ke satu tempat kerana habitat mereka diceroboh.
Menurutnya, siasatan mendapati gajah itu berpasangan dan membawa anak dan memasuki kampung bagi mencari makanan.
“Kami akan membuat pemantauan malam ini dan mencari kaedah menghalaunya ke habitatnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan