Ahad, 25 Disember 2016

DUNGUN-Misteri lembaga hitam’ yang melintas treler pukul 3pagi kelmarin di Kilometer 342.7, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2
















Dungun: Seorang pemandu treler mendakwa mengelak kelibat ‘lembaga hitam’
 yang melintas di depan kenderaan berkenaan menyebabkan treler berkenaan
 terbabas sebelum terbalik di Kilometer 342.7, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) 
selepas susur keluar Kuala Dungun, jam 3 pagi kelmarin.
Saiful Fakri M Saidi, 25, berkata, kejadian menyebabkan dia dan kelindan yang juga
 adiknya, Saiful Hairi, 18, cedera ringan.
Menurutnya, sebelum kejadian, dia dan dua treler lain yang sarat dengan muatan
 bijih besi berkonvoi dari Gua Musang, Kelantan untuk menghantar bahan mineral
 itu ke Kawasan Industri Gebeng, Kuantan, Pahang.
“Saya sedang bercakap menggunakan ‘walkie-talkie’ seorang lagi pemandu treler 
di belakang yang dikenali sebagai Awi berusia 35 tahun manakala adik melihat
 telefon bimbit.
“Tiba di lokasi, saya lihat lembaga itu melintas dari arah kanan lebuh raya dan
 saya sempat memaklumkannya kepada Awi sebelum treler terbabas ke kiri jalan,”
 katanya ketika ditemui di lokasi.
Menurut Saiful Fakri, dia dan Saiful Hairi dibantu keluar daripada kabin treler oleh Awi.
“Ketika itu hujan, saya dan adik menumpang dalam treler Awi. Tiba-tiba saya
 ternampak kelibat wanita berdiri di tepi pokok bersebelahan treler saya yang tersadai.
“Kelibat wanita itu melambai-lambai dan saya beberapa kali meminta Awi mengundurkan
 treler kerana saya mahu merakam gambar itu, namun Awi enggan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika 
dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kemalangan terbabit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan