Khamis, 15 Disember 2016

Dato VIDa mengaku bersalah kemarin atas 16 pertuduhan didenda RM80,000 memberikan aksi ceria ketika lensa kamera merakamkan gambarnya ketika keluar dari Mahkamah Sesyen Ipoh kemarin











IPOH – Jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau dikenali sebagai Datuk Seri Vida, 45, didenda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah atas 16 pertuduhan gagal mengemukakan penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Hakim Murtazadi Amran juga mengarahkan hukuman penjara enam bulan bagi setiap pertuduhan, jika tertuduh gagal membayar denda itu. Bagaimanapun, dia membayar denda berkenaan.

Vida yang merupakan pemilik dan pengasas Vida Beauty Sdn. Bhd. didakwa melakukan ke­semua 16 kesalahan itu di Jabatan Kastam Diraja Malaysia di sini sejak April 2015 hingga Julai 2016.

Semasa didakwa pada 30 Oktober lalu, Vida mengaku tidak bersalah atas dakwaan gagal mengemukakan penyata GST mengikut Seksyen 41 (6) Akta GST 2014 yang boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan