Selasa, 29 November 2016

VEDEO Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Timbalan Penguasa Bomba melakukan rondaan dan pemantauan di sekitar daerah ini berikutan beberapa kawasan di daerah ini dinaiki air pagi tadi.










Kuala Terengganu: Paras air sungai dan laut di daerah ini menunjukkan sedikit peningkatan berbanding hari biasa disebabkan hujan sejak awal pagi.
 kawasan Pulau Kambing, Pulau Warisan dan Pantai Batu Buruk mendapati berlaku kenaikan disebabkan air pasang selain hujan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Timbalan Penguasa Bomba Che Shari Abdullah berkata, pihaknya melakukan rondaan dan pemantauan di sekitar daerah ini berikutan beberapa kawasan di daerah ini dinaiki air pagi tadi.

"Setakat ini, ada kenaikan sikit disebabkan air pasang selain hujan yang masih belum reda.
"Bagaimanapun, keadaan masih terkawal dan beberapa laluan yang dinaiki siang tadi juga sudah kembali normal, " katanya ketika melakukan pemantauan di Pantai Batu Buruk, di sini.
Sehingga jam 11.30 malam, beberapa kawasan di daerah ini masih hujan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan