Rabu, 30 November 2016

Tokoh Imam Negeri Kelantan Tinggal wasiat ilmu tiga patah kepada anak cucu Allahyarham Imam Mohd Zain yang juga Imam Tua Masjid Mukim Kadok adalah antara imam paling lama berkhidmat selama 55 tahun dan pernah menerima Anugerah Tokoh Imam Negeri Kelantan.








KOTA BHARU - Tokoh Imam Negeri Kelantan, Mohd Zin Haron, 85, meninggal dunia dengan mewasiatkan anak cucu supaya mengamalkan ‘ilmu tiga patah’ dalam hidup.
Anak lelakinya, Ahmad Fakrurrazi Mohd Zin, 42, berkata, arwah bapanya menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.32 malam tadi di rumahnya di Jalan Syed Kuning, Kadok, di sini, akibat penyakit kanser prostat.
“Sebelum arwah meninggal dunia, beliau selalu berpesan kepada anak cucu supaya mengamalkan ilmu tiga patah iaitu 1-jangan tinggalkan usaha untuk belajar dan mengajar,-    2-anggaplah kita sebagai pemimpin untuk bantu orang susah 
3- jika berlaku pergaduhan, jangan anggap orang tersebut sebagai musuh.
“Banyak lagi ayat yang dipesan supaya menjadi amalan anak cucu dan anak muridnya semasa hayatnya,” katanya selepas majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Syed Kuning, Kadok, hari ini.
Allahyarham Imam Mohd Zain yang juga Imam Tua Masjid Mukim Kadok adalah antara imam paling lama berkhidmat selama 55 tahun dan pernah menerima Anugerah Tokoh Imam Negeri Kelantan.
Sementara itu, anak kedua arwah, Aripah Radiah Mohd Zin, 49, berkata, bapanya sebelum itu mengadu sesak nafas dan adik-beradiknya bersepakat membawa arwah ke Hospital Universiti Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk dirawat.
“Bagaimanapun, beliau mengalami kegagalan buah pinggang kerana kansernya yang dihidap sejak 2011 sudah merebak teruk, menyebabkan kami membawanya pulang semula ke rumah di Kadok.
“Kesemua adik-beradik dan cucu-cucu berada di samping arwah semasa beliau menghembuskan nafas terakhir,” katanya.
Arwah meninggalkan enam anak hasil perkahwinan dengan arwah isterinya, Halimah Hamat yang sudah meninggal dunia pada 2005, 30 cucu dan berkahwin dengan Zainab Salleh, 69, selepas kematian Halimah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan