Selasa, 29 November 2016

TANAH MERAH - Murid lelaki berusia 9 tahun mati lemas selepas terjatuh ketika bermain bersama tiga rakan di tepi Sungai Manal, dekat sini, tengah hari kemarin Mayat Mohd Alif Riduan Ahmad ditemui pada jam 4 petang, kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.










TANAH MERAH - Murid lelaki berusia 9 tahun mati lemas selepas terjatuh ketika bermain bersama tiga rakan di tepi Sungai Manal, dekat sini, tengah hari kemarin
Mayat Mohd Alif Riduan Ahmad ditemui pada jam 4 petang, kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Penolong Penguasa Bomba, Hanaffi Mohd berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira 12 tengah hari, namun pihaknya hanya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.20 petang.
"Berdasarkan maklumat awal ayah dan rakannya, mangsa dikatakan bermain di tepi Sungai Manal bersama tiga rakan lain pada jam 12 tengah hari lagi.
"Mangsa dikatakan tergelincir dan jatuh tetapi sempat berpaut pada pokok sebelum dihanyutkan arus deras," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan