Isnin, 11 April 2016

legenda kg laklok machang















MACHANG - Bermula dengan sebuah kampung tradisional biasa yang tidak dikenali, Laklok terus mengorak langkah apabila dinobat pemenang tempat ketiga Anugerah Desa Cemerlang (ADC) peringkat Kebangsaan pada 2006.
Kejayaan itu menjadi titik permulaan kepada penduduk kampung untuk terus membina kejayaan dan hasilnya nama kampung itu dikenali pelbagai agensi kerajaan, malah sering menjadi lokasi pilihan untuk dilawati.
Daya kepimpinan berwawasan pemimpin kampung membuktikan kejayaan bukan perkara mustahil asalkan gigih berusaha, bersatu hati dan tidak pernah mengenal erti penat.
Kampung Laklok terletak dalam Mukim Bunut Daerah Panyit, di selatan Bandar Machang dan boleh dikunjungi melalui Jalan Machang-Kuala Krai dengan jarak 10.5 kilometer dari bandar Machang.
Nama Laklok agak pelik malah tidak membawa sebarang maksud mudah difahami.
Jika kebanyakan kampung dinamakan berdasarkan nama pokok, tumbuhan atau kejadian pelik, Kampung Laklok dikatakan berasal daripada perkataan “Lak Lok” yang bermaksud berduyun-duyun atau orang yang datang beramai-ramai.
                    Pokok Jenerih Keramat  ini berusia 200 tahun dijadikan tempat pemujaan,

Semarak seni budaya Melayu
Pengerusi Komuniti 1Malaysianya (K1M), Tengku Ghazali Tengku Jusoh berkata, pada zaman dahulu, kampung tersebut menjadi pusat pelbagai jenis permainan dan seni kebudayaan tradisional seperti menora, Mak Yong, Wayang Kulit, Dikir Barat dan Gasing.
Katanya, perkataan Laklok merujuk kepada orang ramai yang datang beramai-ramai ke kampung itu bagi menyaksikan seni kebudayaan tersebut.
Tambahnya, selepas pelbagai pembangunan dan penambahbaikan, seni kebudayaan Melayu disemarakkan kembali dan sering dijadikan persembahan dan hiburan pengunjung yang datang menginap di inap desa kampung itu.

                                    Main Puteri @ Main TTeri di Kg Laklok, Machang 

“Seni kebudayaan tradisional masih utuh di sini selepas usaha bagi menyemarakkannya dilaksanakan semula apabila kampung ini berjaya merangkul tempat ketiga bagi ADC 2006 lalu.
“Malah ia menjadi tarikan pengunjung. Pelbagai jenis persembahan budaya ditawarkan dan pengunjung boleh membuat permintaan berdasarkan minat mereka,” katanya yang gigih membangunkan kampung dengan menjayakan pelbagai projek pembangunan termasuk baja dan tanaman organik.
Ada tarikan air terjun
Tengku Ghazali berkata, kampung tersebut juga turut mempunyai keistimewaan apabila wujudnya air terjun semula jadi di kawasan itu yang dikatakan dihuni puteri tujuh beradik.
Katanya, pihaknya menamakan inap desa kampung itu sebagai inap desa Laklok Tujuh Lagenda atau dikenali sebagai 'The Seven Legend Laklok Homestay' sempena kisah lagenda itu.
Setiausaha K1M, Mahiza Mohd Nor berkata, selain air terjun, sebatang pokok jenereh dipercayai berusia 200 tahun turut dianggap istimewa oleh penduduk di sini.
Katanya, pokok yang terletak berhampiran anjung bestari K1M itu mempunyai tarikan tersendiri kepada pengunjung untuk mengetahui sejarahnya.
Tambahnya, semangat kerjasama utuh antara penduduk menjadi resipi kejayaan kampung itu menempa kejayaan demi kejayaan.




“Selepas hampir 10 tahun memenangi ADC dan dalam masa sama menyertai pelbagai pertandingan membabitkan kampung, kami berazam membangunkan kampung ini sekali gus meningkatkan ekonomi penduduk yang rata-rata bekerja sendiri,” 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan