Sabtu, 29 Ogos 2015

Penganggur mengaku miliki 90 pil kuda



KOTA BHARU – Seorang penganggur mengaku salah atas tuduhan memiliki 90 pil kuda di mahkamah majistret, di sini, semalam.
Hukuman terhadap tertuduh, Wahab Mahamed, 41, bagaimanapun ditangguhkan bagi mendapatkan laporan kimia berat sebenar dadah berkenaan.
Dia didakwa memiliki 9 gram (g) dadah jenis metamphetamine di tepi kilang ais di Kampung Tok Bali, Pasir Puteh, pada jam 1.15 pagi, 22 Ogos lalu.
Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara dua hingga lima tahun dan sebat tidak kurang daripada tiga serta tidak lebih daripada sembilan sebatan.
Dalam perkembangan sama, tertuduh juga mengaku pada tuduhan kedua memiliki 0.2 g dadah jenis heroin pada masa, tarikh dan lokasi sama.
Kes ditetapkan untuk fakta dan hukuman terhadap bapa kepada lima cahaya mata itu 26 Oktober depan di Mahkamah Majistret Pasir Puteh.
Sementara itu, Majistret, Mohamad Nasrudin Mohamed membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,500 dengan seorang penjamin.lihat vedeo habis dia gomo klik di http ://www.youtube.com/watch?v=0-QUan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan