Rabu, 26 Ogos 2015

Objek dibuang sah bukan ‘manusia


BACHOK - Polis menafikan objek yang dibuang dari atas jambatan Kampung Pengkalan Sungai Baru, Bachok adalah ‘manusia’ sebaliknya ia adalah bungkusan pasir yang didakwa penduduk sebagai proses ‘membuang badi’ di kawasan terbabit.lihat klik di kejadian aneh 
 

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, pihaknya menerima pengakuan seorang penduduk yang membuang pasir di kawasan itu.
 
“Laporan seorang penduduk kelmarin, yang memberitahu nampak ‘objek’ seperti manusia bukanlah seperti yang diangkakan dan operasi menyelamat dihentikan selepas menerima penjelasan itu semalam,” katanya.
 
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Kelantan, Mohd Nurizwan Basri berkata, pihak bomba turut menerima bantuan unit pengesan K9 yang memulakan operasi menyelamat pada jam 9 pagi dan menamatkan operasi menyelamat pada jam 12 tengah hari selepas menerima laporan polis.
 
“Apa pun kita mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuk polis, JPAM yang turut membantu dalam ops mencari dan menyelamat sejak kelmarin.
 
“Sebagai pasukan penyelamat, kita melakukan yang terbaik untuk masyarakat selepas menerima laporan berhubung kejadian berkenaan,” katanya.
 
Dalam kejadian kelmarin, seorang penduduk kampung cemas selepas mendakwa terlihat satu objek yang seakan-akan ‘manusia’ dipercayai dibuang dari atas jambatan di Kampung Pengkalan Sungai Baru, Bachok di sini pagi Selasa lalu.
 
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, lelaki terbabit yang enggan dikenali berkata, objek terbabit dilihat terkapai-kapai dalam guni.

Lelaki terbabit kemudian terus menghubungi pihak bomba untuk mengesan objek berkenaan bagi tindakan lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan