Selasa, 24 Mac 2015

(ASNB) pengagihan pendapatan sebanyak 6.60 sen 31 march 2015

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (kiri) dan Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Pengurusan Aset PNB, Datuk Idris Kechot pada sidang media mengumumkan pengagihan pendapatan ASM dan ketiga-tiga tabung ASG di Kuala Lumpur hari ini. -

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.60 sen seunit bagi tabung Amanah Saham Malaysia (ASM) untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015.
Anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu juga turut mengumumkan pengagihan sebanyak 7.10 sen seunit bagi Amanah Saham Gemilang (ASG)-Pendidikan, 7.20 sen seunit untuk ASG-Kesihatan dan ASG-Persaraan 7.05 sen bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2015.
Pengagihan pendapatan bagi tabung ASM dan ketiga-tiga tabung di bawah ASG itu adalah sama seperti yang diumumkan pada tahun lalu.
tv setelit 140 channel free tak perlu enternit ..tiada bayaran bulanan
berminat sila klik di sini 

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata prestasi ASM dan ketiga-tiga tabung ASG pada tahun ini masih baik dan kompetitif walaupun berdepan situasi ekonomi dan pelaburan yang mencabar.
Beliau berkata, untuk pengagihan pendapatan ASM, ASNB memperuntukkan sebanyak RM1.01 bilion, peningkatan sebanyak 6.8 peratus berbanding RM945.24 juta yang diperuntukkan tahun lalu, yang akan memanfaatkan 537,975 pemegang unit yang melanggan 15.29 bilion unit.
Sementara untuk pengagihan pendapatan ASG-Pendidikan, ASNB memperuntukkan sejumlah RM29.86 juta yang akan memanfaatkan 52,250 pemegang unit yang melanggan 420.5 juta tabung itu, katanya.
"Bagi ASG-Kesihatan, ASNB memperuntukkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak RM39.52 juta sementara untuk ASG-Persaraan pula sebanyak RM12.53 juta yang akan memanfaatkan 10,555 pemegang unit," katanya pada sidang media mengumumkan pengagihan pendapatan ASM dan ketiga-tiga tabung ASG di Kuala Lumpur hari ini.
Ahmad Sarji berkata, bagi membolehkan pemegang unit menikmati pulangan daripada pertumbuhan unit amanah tabung ASM dan ketiga-tiga tabung ASG, pembayaran pengagihan pendapatan akan dilabur semula dalam bentuk unit secara automatik dan dikreditkan ke dalam buku pelaburan.
Semua urus niaga bagi tabung ASM dan ketiga-tiga tabung ASG di Ibu Pejabat ASNB, pejabat ASNB dan ejen ASNB telah ditangguhkan mulai 22 Mac hingga 31 Mac ini bagi tujuan pengiraan pendapatan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan